Follow by Email

Tuesday, 6 December 2011

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Pengenalan
     Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,memperoleh ilmu,perhubungan sosial,dan urusan harian.Perkara ini menunjukkan kepentingan kemahiran pengguna Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid.
     Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (1987 : 38-39),sejumlah lima belas prinsip perlu dipatuhi untuk menjamin keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan prinsip yang berikut, penekanan terhadap pengajaran kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur diberi keutamaan.
     Pengajaran lisan haruslah didahulukan, kemudian barulah diikuti dengan pengajaran bacaan dan tulisan. Lisan juga menjadi asas kepada kemahiran membaca dan menulis kerana di dalam lisan terangkum semua aspek bahasa seperti bunyi, perkataan , rangkai kata , ayat , makna , intonasi dan sebagainya yang terdapat juga dalam kemahiran bacaan dan penulisan. Jadi, sekiranya seseorang itu sudah menguasai kemahiran lisan, maka dia akan boleh memindahkan kemahiran itu bagi memudahkannya menguasai kemahiran membaca dan menulis.
     Kemahiran mendengar dan bertutur atau kemahiran lisan adalah komunikasi bahasa yang paling asli. Perkara ini disebabkan oleh seseorang itu telah dianggap sebagai fasih berbahasa tanpa perlu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Seseorang yang telah menguasai kemahiran mendenga dan bertutur  didapati turut menguasai aspek tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi , semantik dan idiom bahasa yang diserap dan dipelajari melalui aktiviti mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan bertutur sebagai proses menghasilkan bahasa ( Abd Aziz Abd Talib, 1993:65). Oleh yang demikian, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan 2 kemahiran yang saling lengkap-melengkapi. Kedua-dua kemahiran ini diajarkan kepada murid supaya mereka boleh memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai situasi.
     Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan , serta dapat memberikan maklum balas.Kemahiran bertutur pula merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Pertuturan juga menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis.
     Terdapat beberapa kemahiran kecil dalam kemahiran lisan yang perlu dikuasai seperti :
a) Mendengar dan menyebut bunyi
b) Memberi dan menerima arahan dan permintaan.
c) Menyampaikan ucapan bertatasusila.
d) Bersoal jawab
e) bercerita
f) Menyampaikan berita,laporan,ucapan dan syarahan.
g) Berlakon dan melafazkan puisi
h) berbincang dan berbahas.





    

No comments:

Post a Comment