Follow by Email

Sunday, 11 December 2011

GELAGAT BILA TIDAK TAHU MEMBACA

http://www.youtube.com/watch?v=DmIaet4yiMc&feature=related

Kemahiran Menulis

Pengenalan :

  Menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa.Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan,menghubungkan sesuatu mesej,maklumat atau idea kepada pembaca.Menurut pendapat Don Bryn(1979),menulis ialah simbol-simbol grafik yang menggunakan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi semasa bercakap.

  Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran,idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca.Kemahiran menulis mempunyai hubungan yang erat dengan kemahiran bahasa yang lain,iaitu mendengar dan bertutur serta membaca.Justeru,pengajaran kemahiran menulis harus dirancang dengan teliti melalui gabungan jalin kemahiran bahasa supaya murid-murid dapat menyampaikan idea dengan tepat,jelas dan berkesan.Kemahiran menulis amat penting untuk dikuasai disebabkan penulisan merupakan satu bentuk komunikasi yang penting dalam kehidupan harian.

Kemahiran Membaca

PENGENALAN

  Kemahiran membaca merupakan komponan penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid khususnya setelah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur.Kemahiran membaca amat oenting kerana tanpanya murid-murid tidak akan dapat meneroka buku ilmiah ataupun buku bacaan lain.Sehubungan itu,kemahiran membaca sudah ditekankan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu khususnya pada peringkat sekolah rendah lagi.Kepentingan  kemahiran membaca pula dinyatakan dalam objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat rendah dan menengah(Zarina Mohd Yatim,1994:3).   


Teknik-teknik membaca :

 Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing murid-murid untuk meningkatkan kemahiran belajar.Melalui teknik ini,murid-murid dapat membacasecara kendiri untuk memperkukuhkemahiran berfikir.SQ3R secara umumnya merujuk kepada S-Survey(meninjau),Q-Question(menyoal),R-Read(membaca),R-Recite(menyebut / mengulang) dan R-Review(menyemak).Teknik ini digunakan untuk murid-muid yang mahir membaca.Tujuan penggunaan teknik ini adalah untuk menguji pemahaman murid-murid berdasarkan bahanatau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan (Ali Mahmood et.al,2007:73-76).
 
  Teknik KLWH bertujuan menggalakkan murid-murid mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis. Secara umumnya KWLH merujuk kepada K-Know(tahu),W-Want(hendak/ingin tahu),L-Learn(pelajari) dan H-How(bagaimana).Melalui teknik KWLH,murid-murid boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca.Pengetahuan sedia ada amat penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman,pengetahuan dan maklumat teks yang dibaca.Murid-murid dapat menentukan maklumat yang diperoleh daripada pembacaan mereka sebelum memilih bahan bacaan yang lain.

  


Tuesday, 6 December 2011

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Pengenalan
     Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,memperoleh ilmu,perhubungan sosial,dan urusan harian.Perkara ini menunjukkan kepentingan kemahiran pengguna Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid.
     Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (1987 : 38-39),sejumlah lima belas prinsip perlu dipatuhi untuk menjamin keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan prinsip yang berikut, penekanan terhadap pengajaran kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur diberi keutamaan.
     Pengajaran lisan haruslah didahulukan, kemudian barulah diikuti dengan pengajaran bacaan dan tulisan. Lisan juga menjadi asas kepada kemahiran membaca dan menulis kerana di dalam lisan terangkum semua aspek bahasa seperti bunyi, perkataan , rangkai kata , ayat , makna , intonasi dan sebagainya yang terdapat juga dalam kemahiran bacaan dan penulisan. Jadi, sekiranya seseorang itu sudah menguasai kemahiran lisan, maka dia akan boleh memindahkan kemahiran itu bagi memudahkannya menguasai kemahiran membaca dan menulis.
     Kemahiran mendengar dan bertutur atau kemahiran lisan adalah komunikasi bahasa yang paling asli. Perkara ini disebabkan oleh seseorang itu telah dianggap sebagai fasih berbahasa tanpa perlu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Seseorang yang telah menguasai kemahiran mendenga dan bertutur  didapati turut menguasai aspek tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi , semantik dan idiom bahasa yang diserap dan dipelajari melalui aktiviti mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan bertutur sebagai proses menghasilkan bahasa ( Abd Aziz Abd Talib, 1993:65). Oleh yang demikian, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan 2 kemahiran yang saling lengkap-melengkapi. Kedua-dua kemahiran ini diajarkan kepada murid supaya mereka boleh memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai situasi.
     Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan , serta dapat memberikan maklum balas.Kemahiran bertutur pula merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Pertuturan juga menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis.
     Terdapat beberapa kemahiran kecil dalam kemahiran lisan yang perlu dikuasai seperti :
a) Mendengar dan menyebut bunyi
b) Memberi dan menerima arahan dan permintaan.
c) Menyampaikan ucapan bertatasusila.
d) Bersoal jawab
e) bercerita
f) Menyampaikan berita,laporan,ucapan dan syarahan.
g) Berlakon dan melafazkan puisi
h) berbincang dan berbahas.





    

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera (^_^)"

Salam perkenalan semua!!